Sebagai sebuah kumpulan nasyid yang baru bertapak di arena seni hiburan, sudah tentu masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa dalam usaha menjadikan sebuah kumpulan nasyid itu memiliki kelebihan yang tersendiri dan dapat memberikan penyampaian serta persembahan dengan lebih menarik dan berkesan.
Shoutul Mutafakkirin tidak terkecuali memiliki kekurangan dan kelemahan itu. Dalam usaha memperbaikinya, salah satu aspek yang diberi tumpuan ialah kelengkapan alat-alat perkusion (music). Aspek ini adalah sangat perlu bagi tujuan latihan dan persembahan. Seterusnya dapat mengelakkan Shoutul Mutafakkirin daripada terus meminjam kelengkapan perkusion daripada pihak-pihak lain bagi tujuan tersebut.
Untuk itu, Shoutul Mutafakkirin membuka ruang kepada mana-mana pihak yang bermurah hati ingin menyumbang kepada usaha ini, bagi sama-sama membuat pelaburan kepada usaha dakwah memartabatkan Islam menerusi seni hiburan nasyid.
Antara alat-alat yang diperlukan adalah:
- Yenki 1 Unit - RM 295.00
- Darbouka 1 Unit - RM 230.00
- Bongo 1 Unit - RM 270.00
- Bongo stand 1 Unit - RM 115.00
- Conga with stand (Biasa) 1 Unit - RM 880.00
- Conga with stand (with design) 1 Unit - RM 950.00
- Bar Chime with stand 1 Unit - RM 330.00
- Djembe 1 Unit - RM 650.00
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun :
BIMB 0202 00204 84004 atau,
BSN 02191 2900005 1752
(Mohd Abu Bakar B. Abdul Halim : Pengurus / Jurulatih Kumpulan)
Tel : 013-5107134
*Buat masa ini Shoutul Mutafakkirin belum mempunyai akaun bank kumpulan. Maka akaun persendirian digunakan dahulu untuk tujuan tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon yang tertera.
Yenki
Darbouka
Bongo
Bongo stand
Conga with stand (Biasa)
Conga with stand (with design)
Bar Chime with stand
Djembe
0 comments:
Post a Comment